Sunday, 9 November 2014

Takaful, Insurans dan ...

Takaful dan Insurans

Dua nama yang secara umumnya adalah sama tetapi sebenarnya membawa pengertian yang berlainan.

Di dalam sistem Insurans konvensional, apa yang menyebabkan ia menjadi haram adalah kerana terdapat unsur gharar, maisir(judi) dan riba di dalam urusan insurans.

1) Apakah itu gharar?
Gharar bermaksud tidak jelas terhadap perkara pokok yang dilindungi oleh kontrak
atau timbul‘ketidakpastian’ di mana kesan atau keputusan yang dihasilkan tidak
diketahui atau tersembunyi. Dari sudut perniagaan, ia bermaksud bersetuju untuk melaksanakan sesuatu secara membuta tuli tanpa pengetahuan yang mencukupi; atau mengambil risiko dengan
melakukan sesuatu tanpa mengetahui dengan tepat apakah hasil yang akan diperoleh itu kelak.


Jenis-jenis Gharar
q Gharar Khathir: Gharar yang keterlaluan dan menyebabkan kontrak terbatal.
q Gharar Yasir: Gharar yang remeh , boleh dipertimbangkan dan dibenarkan
q Gharar Mutawassit: Gharar yang sederhana iaitu berada diantara keduanya.


Contohnya, jika tiada apa-apa yang berlaku kepada pemegang polisi, mereka akan mengalami kerugian kerana tidak mendapat apa-apa pampasan berbanding apa yang mereka laburkan.Pemegang polisi juga tidak mengetahui dengan jelas samada akan mendapat bayaran yang dijanjikan, tidak mengetahui kadar bayarannya dan tidak mengetahui masanya untuk mendapat tuntutan pembayaran.

- Dalil yang mengharamkan gharar
Daripada Abu Hurairah r.a. berkata: "Rasulullah s.a.w telah melarang daripada terjerumus dalam perniagaan lontaran dan perniagaan yang tidak pasti." ( Riwayat Muslim)
2) Apakah itu maisir (judi)?
Maisir (judi) boleh berlaku dimana pemegang polisi boleh kehilangan 100% daripada premium yang telah dibayar kepada insurer. Contohnya ialah ada polisi yang menyatakan jika penamatan dilakukan sebelum setahun maka nilai serahan adalah zero.

Dalil yang mengharamkan maisir
" Wahai orang yang berIMAN! bahawa sesungguhnya arak & judi & pemujaan berhala & mengundi nasib dengan batang2 anak panah, adalah (semuanya) kotor (keji) dari perbuatan syaitan. Oleh itu, hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya." (Surah Al-Maidah : 90)

3) Apakah itu riba
Riba' didalam insuran berlaku apabila nilai serahan pada tempoh matang disertakan dengan interest (faedah) apatah lagi sumber pendapatan insurer adalah dari perniagaan duniawi & dana kebanyakannya dilaburkan dalam instrumen kewangan(bon & saham) yang konvensional. Elemen riba' juga berlaku jika peserta terpaksa membayar faedah jika ingin mengeluarkan wang(auto premium loan).

Dalil yang mengharamkan riba':
" Sesunguhnya Allah telah menghalalkan jual beli dan mengharamkan riba'." (Surah Al Baqarah : 275)

Jadi apakah takaful tidak melakukan operasi yang sama? Jawapannya adalah tidak.
Syarikat-syarikat Takaful telah mengubah aqad‘Mu'awadah Maliah' yang digunakan oleh syarikat Insuran konvensional kepada aqad Tabarru'at (kontrak derma). Hasilnya, aqad derma tidak terikat dengan syarat-syarat jual beli tadi, tidak juga diperlukan untuk jelas dan terang jumlah itu dan ini semasa serahan derma.

Jadi semua peserta telah mengaqadkan bahawa wang yang mereka serahkan akan dimasukkan ke dalam tabungan seumpama hadiah di mana syarikat takaful sebagai pemegang amanah untuk menguruskan tabungan tersebut kepada peserta yang memerlukan.

Berkaitan dengan pelaburan pula, pengandali takaful HANYA akan melabur dalam saham-saham yang halal dari segi syarak.

Ini adalah jadual ringkas dari laman web JAKIM
Bil
Perkara
Takaful
Insurans
1
Konsep
Berasaskan semangat kerjasama dan tolong- menolong (ta’awun) dan tabarru'
Semata-mata berdasarkan faktor-faktor komersial
2
Akad
Wakalah, mudharabah
Jual beli
3
Prinsip
Bebas daripada 'riba', 'gharar' dan 'maisir'
Banyak terlibat dengan 'riba, 'gharar', dan 'maisir'
4
Operasi
Di pantau oleh Majlis Penasihat Syariah (SAC)
Tiada Majlis Penasihat Syariah (SAC)
5
Keuntungan
Keuntungan akan dikongsi  antara pengendali (syarikat) dan peserta berasaskan Mudharabah
Mempraktikkan riba (faedah)


Secara ringkasnya Takaful adalah dibenarkan syarak mengikut Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan 1972.

Sebarang pertanyaan bolehlah hubungi saya pada 0139285962. In Shaa Allah penerangan lebih lanjut dan Khidmat Runding percuma boleh diberkan.

Thursday, 30 October 2014

Disebalik Takaful

Takaful... Kenapa?

Takaful sebenarnya bukanlah sesuatu yang asing sekarang ini di Malaysia. Cuma sikap negatif masyarakat terhadap Takaful yang menjadikan produk-produk Takaful ini sebagai sesuatu yang menipu. Kes-kes terdahulu di mana terdapat ejen-ejen Takaful yang hanya mementingkan hasil jualan sehingga mempromosikan sesuatu polisi itu dengan hebat walhal tiada pun di dalam terma dan syarat yang ditetapkan. Selain daripada itu terdapat juga ejen-ejen yang tidak menjaga hubungan dengan klien-klien mereka dan tidak membantu klien-klien mereka dalam membuat tuntutan. Perkara-perkara ini amatlah tidak baik dan banyak menjejaskan bukan sahaja Agensi-Agensi Takaful tetapi juga kepada ejen-ejen Takaful sehingga dipandang serong oleh masyarakat padahal ejen-ejen ini sebenarnya cuba membantu klien-klien mereka dalam urusan perubatan dan kewangan. Kami di Prudential BSN Takaful (Muqmeen Group) akan cuba dengan sedaya upaya kami untuk membantu anda semua.

Kenapa memilih Prudential BSN Takaful? Bukan simpanan tradisional?

1.Kos rawatan yang semakin meningkat.


Seiring dengan peningkatan kos sara hidup di Malaysia, kos rawatan di hospital-hospital juga semakin meningkat. Adakah kita mampu untuk membayar kos rawatan tersebut jika penyakit-penyakit tiba-tiba menerjah hidup kita?

2. Pembayaran menggunakan simpanan sendiri.


Tidak dinafikan ramai yang memberi alasan ada simpanan sendiri. Tetapi berapa lamakah untuk kita menyimpan sehingga RM30,000 sebagai contoh? Andai kata penyakit datang tanpa diundang. Adakah kita sudah bersedia untuk membayar kos rawatan tersebut?Sedangkan Kad Perubatan Takaful boleh digunakan bila-bila masa sahaja.

3. Menjual harta dan aset.


Menjual tanah dan rumah jika kita tergolong dalam kumpulan seperti itu tetapi adakah kita dapat hasil jualan itu dalam masa terdekat? Ini kerana terdapat banyak prosedur untuk jualan seperti ini. Dalam keadaan terdesak dan segera, adakah kita dapat menjual dengan harga yang tinggi? Sanggupkah pihak lain membeli tanpa proses tawar menawar?

4. Memohon pinjaman


Dengan kemudahan pinjaman peribadi, urusan pinjaman menjadi lebih mudah. Tetapi adakah kita selesa untuk membayarnya untuk 10 tahun akan datang? Jika bukan kita yang membayarnya adakah orang lain yang sanggup menanggung beban hutang tersebut?

5. Meminta derma

Meminta derma sehingga ada yang sanggup meletakkan diri dalam keadaan sakit di dalam akhbar? Berapa lamakah derma itu boleh terkumpul sehingga jumlah yang dikehendaki?

Jika anda menghadapi masalah dalam menjawab soalan-soalan ini. Hubungi saya di talian 0139285962. In Shaa Allah saya akan cuba membantu dengan sedaya upaya.

Pengurusan kewangan

Adakah kita bersedia untuk mengelak daripada masalah kewangan?

Kewangan....

Satu isu yang menjadi perbualan hangat di masa kini. Kenaikan harga minyak, KOS PERUBATAN dan harga rumah.

Kadar hutang isi rumah juga meningkat selaras dengan peningkatan kos dan gaya hidup. Menurut artikel dalam The Edge, kadar muflis pada suku tahun pertama 2014 telah meningkat sebanyak 32%. Kadar ini akan semakin meningkat jika gaya hidup kita tidak dikawal.

Walaupun kita boleh mengawal dari segi perbelanjaan tetapi ada beberapa perkara yang tidak dapat kita kawal sebagai contoh ketika kita sakit. Kos perubatan yang semakin meningkat terutamanya dengan pengenalan GST pada April 2015 akan menjadi beban kepada kita. Persediaan awal haruslah dilakukan dengan baik. Seperti kata pepatah, "Sediakan payung sebelum hujan,"

Dalam Prudential, kami menyediakan perkhidmatan Kad Perubatan sebagai langkah berjaga-jaga jika ada sesuatu yang berlaku kepada kita.

Dalam catatan seterusnya akan dibincangkan kelebihan menggunakan Kad Perubatan berbanding simpanan tradisional.

Wednesday, 29 October 2014

Kemewahan

Kemewahan.....
Satu perkataan yang hampir semua orang inginkan.

Mewah itu bukan hanya terletak kepada wang ringgit atau emas perak tetapi meliputi semua perkara.
Menurut www.investopedia.com salah satu pengertian kemewahan the state of being rich; prosperity; affluence.

Jelaslah bahawa mewah itu bukan diukur daripada wang semata-mata tetapi dari semua aspek kehidupan.

Ayat Al-Quran ada menyebut

“Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum kecuali kaum itu sendiri yang mengubah apa apa yang pada diri mereka ” (Surah Ar-Rad:11) 

 In Shaa Allah.. saya akan membantu memberikan info tentang pengurusan kemewahan anda.