Dua nama yang secara umumnya adalah sama tetapi sebenarnya membawa pengertian yang berlainan.
Di dalam sistem Insurans konvensional, apa yang menyebabkan ia menjadi haram adalah kerana terdapat unsur gharar, maisir(judi) dan riba di dalam urusan insurans.
1) Apakah itu gharar?
Gharar bermaksud tidak jelas terhadap perkara pokok yang dilindungi oleh kontrak
atau timbul‘ketidakpastian’ di mana kesan atau keputusan yang dihasilkan tidak
diketahui atau tersembunyi. Dari sudut perniagaan, ia bermaksud bersetuju untuk melaksanakan sesuatu secara membuta tuli tanpa pengetahuan yang mencukupi; atau mengambil risiko dengan
melakukan sesuatu tanpa mengetahui dengan tepat apakah hasil yang akan diperoleh itu kelak.
Jenis-jenis Gharar
q Gharar Khathir: Gharar yang keterlaluan dan menyebabkan kontrak terbatal.
q Gharar Yasir: Gharar yang remeh , boleh dipertimbangkan dan dibenarkan
q Gharar Mutawassit: Gharar yang sederhana iaitu berada diantara keduanya.
Contohnya, jika tiada apa-apa yang berlaku kepada pemegang polisi, mereka akan mengalami kerugian kerana tidak mendapat apa-apa pampasan berbanding apa yang mereka laburkan.Pemegang polisi juga tidak mengetahui dengan jelas samada akan mendapat bayaran yang dijanjikan, tidak mengetahui kadar bayarannya dan tidak mengetahui masanya untuk mendapat tuntutan pembayaran.
Daripada Abu Hurairah r.a. berkata: "Rasulullah s.a.w telah melarang daripada terjerumus dalam perniagaan lontaran dan perniagaan yang tidak pasti." ( Riwayat Muslim)
2) Apakah itu maisir (judi)?
Maisir (judi) boleh berlaku dimana pemegang polisi boleh kehilangan 100% daripada premium yang telah dibayar kepada insurer. Contohnya ialah ada polisi yang menyatakan jika penamatan dilakukan sebelum setahun maka nilai serahan adalah zero.
Dalil yang mengharamkan maisir
" Wahai orang yang berIMAN! bahawa sesungguhnya arak & judi & pemujaan berhala & mengundi nasib dengan batang2 anak panah, adalah (semuanya) kotor (keji) dari perbuatan syaitan. Oleh itu, hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya." (Surah Al-Maidah : 90)
3) Apakah itu riba
Riba' didalam insuran berlaku apabila nilai serahan pada tempoh matang disertakan dengan interest (faedah) apatah lagi sumber pendapatan insurer adalah dari perniagaan duniawi & dana kebanyakannya dilaburkan dalam instrumen kewangan(bon & saham) yang konvensional. Elemen riba' juga berlaku jika peserta terpaksa membayar faedah jika ingin mengeluarkan wang(auto premium loan).
Dalil yang mengharamkan riba':
" Sesunguhnya Allah telah menghalalkan jual beli dan mengharamkan riba'." (Surah Al Baqarah : 275)
Jadi apakah takaful tidak melakukan operasi yang sama? Jawapannya adalah tidak.
Syarikat-syarikat Takaful telah mengubah aqad‘Mu'awadah Maliah' yang digunakan oleh syarikat Insuran konvensional kepada aqad Tabarru'at (kontrak derma). Hasilnya, aqad derma tidak terikat dengan syarat-syarat jual beli tadi, tidak juga diperlukan untuk jelas dan terang jumlah itu dan ini semasa serahan derma.
Jadi semua peserta telah mengaqadkan bahawa wang yang mereka serahkan akan dimasukkan ke dalam tabungan seumpama hadiah di mana syarikat takaful sebagai pemegang amanah untuk menguruskan tabungan tersebut kepada peserta yang memerlukan.
Berkaitan dengan pelaburan pula, pengandali takaful HANYA akan melabur dalam saham-saham yang halal dari segi syarak.
Ini adalah jadual ringkas dari laman web JAKIM.
Bil
|
Perkara
|
Takaful
|
Insurans
|
1
|
Konsep
|
Berasaskan semangat kerjasama dan tolong- menolong (ta’awun) dan tabarru'
|
Semata-mata berdasarkan faktor-faktor komersial
|
2
|
Akad
|
Wakalah, mudharabah
|
Jual beli
|
3
|
Prinsip
|
Bebas daripada 'riba', 'gharar' dan 'maisir'
|
Banyak terlibat dengan 'riba, 'gharar', dan 'maisir'
|
4
|
Operasi
|
Di pantau oleh Majlis Penasihat Syariah (SAC)
|
Tiada Majlis Penasihat Syariah (SAC)
|
5
|
Keuntungan
|
Keuntungan akan dikongsi antara pengendali (syarikat) dan peserta berasaskan Mudharabah
|
Mempraktikkan riba (faedah)
|
Secara ringkasnya Takaful adalah dibenarkan syarak mengikut Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan 1972.
Sebarang pertanyaan bolehlah hubungi saya pada 0139285962. In Shaa Allah penerangan lebih lanjut dan Khidmat Runding percuma boleh diberkan.

